Rabu, 6 Mei 2015

Wime NanoSmart Watch ni famous ke sebab bila masuk ipmart je ada benda alah ni yang penting bagus ke kalau bagus boleh cuba

Aku sebenarnya dah 2 tahun rasa kalau masuk ipmart je mesti Wime NanoSmart Watch ni ada sebagai dia punya best seller. Cuma korang pergi ipmart ni tak caya..

Wime NanoSmart Watch / Mobile Phone - Bluetooth pair with All Smartphones (Black, Wime Warranty)
Apa yang aku hairan adakah famous atau bahasa Melayunya terkenal ke jam tangan pintar bajet ni? Aku cakap bajet tu sebab memang bajet tengok harga pun dah tahu iaitu RM 211. Jam tangan pintar lain harga paling murah pun RM 500 jugak(macam Pebble Smart Watch) dan kalau yang Samsung punya smart watch tu memang ribu la..heheeheh..Apple punya yang nak keluar ni lagi beribu riban adalah dalam RM 4000! Paling mahal RM 20 000 lebih iaitu versi iWatch yang premium(kata peminat syarikat buah ni). What a waste just for a so called watch. Tak adalah pintar mana pun iWatch ni standard lebih kurang Wime NanoSmart Watch ni je..cuma dia pakai sistem operasi yang dikeluarkan oleh Apple

Aku bukan anti dengan teknologi jam pintar ni cuma kalau ada smart watch yang murah yang boleh buat fungsi yang lebih kurang sama belilah yang murah. Aku dulu pun ada jam pintar Pebble tapi dah jual sebab nak guna duit. Aku beli dulu RM 500 je tapi fungsi dia memang canggih boleh buat macam-macam(kalau reti teknikal sikit) dan lebih canggih dari segi fungsi jika nak dibandingkan dengan jam yang beribu riban tu. Jam yang beribu riban tu sebab dia ada color je yang mahal tu lepas tu sebab salut ngan mas/permata(kejadahnya salut ngan menatang tu).

Jadi masa sebelum aku beli Pebble smart watch tu Wime ni ada dah tapi aku tak beli Wime. Samsung pun ada dah, Samsung Gear Fit, Samsung Gear(1/2), Samsung Gear Live, LG Smart Watch dan macam-macam tapi masa ni smart watch yang guna Android Wear(sistem operasi daripada Google) belum ada lagi kalau dah ada aku tak angkat jugak sebab membazir je fungsi pun tak ada canggih mana setakat bolrh terima notification gitu je..

Tapi kenapa aku beli Pebble, sebab Pebble ni canggih, simple, menarik, banyak fungsi yang berguna dan macam-macam korang boleh buat dan jam tangan pintar lain tak boleh buat. Sebenarnya jam tangan pintar tu belum pintar mana pun jadi bagi aku tak payahlah berusaha nak pintarkan jam tu yang mana bukannya pintar mana pun.

Pebble ni lain. Pebble bukan ingin menjadi pintar seperti macam-macam yang jam lain ingin buat tetapi hanyalah ingin menjadi jam extension ataupun jam pembantu kepada telefon pintar. Inilah sepatutnya konsep yang perlu difahami oleh setiap pengeluar jam tangan pintar. Buat apa letak skrin cantik-cantik dan boleh letak wallpaper sebab apa guna letal wallpaper cantik2 kat situ ada benefit ke selain daripada menyebabkan harga jadi mahal.Pastu pulak letak tracker fitness yang claim setaraf dengan dedicated tracker fitness yang khusus padahal haprak . Pastu letak kamera, letak pemain music, dan macam2 buat apa dowhhh...smart phone kan ada kalau nak ambik gambar guna smart phone jelah begitu jugak pemain music tu. Fungsi nampak gempak tapi tak praktikal. Sape yang nak ambik gambar guna jam yang gambarnya buruk tu? Masalah sekarangnya adalah smart watch tu kena ada dekat telefon pintar so buat apa kalau dah ada smart phone lepas tu nak tangkap gambar guna jam? Lainlah kalau jam tu semua fungsi telefon boleh buat dan tak payah sambungkan dengan telefon pintar. Pasal pemain musik jugak macam tu gak. Tu lah aku cakap kalau teknologi belum betul-betul matang tak usahla buat fungsi macam tu. Tapi sekarang banyak dah syarikat yang nak buat standalone smart watch yang mana claim boleh berfungsi macam telefon tapi tak usahla bohong tak akan sama pengalaman dan kesenangan menaip contohnya antara di jam dan telefon pintar. Buat apa setakat nak taip "I love you" je dah makan masa 20-30 saat sedangkan kalau guna smart phone 2 saat pun tak sampai. Tapi fungsi taip kat jam ni atleast boleh guna time ada kecemasan tapi tu pun kena standalone lah kalau tak still crap

Nampak macam jam tangan biasa tak ada color apa tapi jangan tak tahu kita boleh buat macam-macam dengan Pebble ni
Aku bagi contohla macam mana Pebble walaupun nampak macam jam biasa ada butang fizikal dan sebagainya tapi boleh buat fungsi yang tak ada di jam yang claim pintar yang lain.

1. Boleh customise notification. Contoh boleh tentukan sama ada notifikasi yang tertentu sahaja masuk ke jam, ataupun berapa banyak dan berapa panjang teks notifikasi yang ingin di pass kan kepada jam
2. Boleh control smart phone secara total. Lets say nak suruh telefon buat apa je semua boleh. Korang boleh settingkan dengan tekan 2 kali tombol je dah langgan pakej internet contohnya, ataupun nyahlanggan, ambik gambar dari smart phone dengan sekali dua tekan je, atau shutdown tepon, restart, hantar mesej, suruh tepon bercakap, install app, record bunyi, dan banyak lagi sehingga tidak tertulis di sini hanya dengan sekali dua tekan tombol tu je...Memang memudahkan..jam yang claim pintar lain tak boleh buat nih..

Tapi kalau setakat nak fungsi yang biasa macam notifikasi, balas mesej, jawab call, dengar music sahaja pakai Wime ni pun dah cukup tak payah dapatkan yang mahal. Walaupun fungsi Wime macam jawab call, dengar musik ni balas mesej ni tak berapa praktikal bagi aku, tapi harga murah je...lagipun standalone Wime ni boleh masuk sim....yang pentingnya fungsi macam ni jam murah macam Wime pun boleh buat kenapa nak pergi beli yang ribu riban tu?

Premium katanya. Go die.

Realiti dunia hari ini yang semakin hari semakin panas dan panas tanda dunia semakin menghampiri kemusnahan bagi orang yang berfikir

Dunia(termasuk Malaysia) hari ini memang amat panas jika dibandingkan dengan 20 tahun dulu. Aku masih ingat time aku kecil-kecil dulu dunia tidak sepanas hari ini. Hari ini panasnya ya Allah hanya Allah je tahu. Kalau rumah yang pasang penghawa dingin tak apalah tapi rumah yang tak pasang alat ni memang panas gila sekarang ni. Pakai kipas pun terasa panasnya. Aku yang tidur pakai kipas pun berpeluh-peluh kalau tidur siang hari tidak seperti 20 tahun dulu masa kecil. Aku ni dulu kalau kira jenis yang kebal haba dan panas tidur tak pasang kipas pun selesa je tidur boleh tidur nyenyak. Tapi sejak 5-6 tahun kebelakangan aku dah tak boleh tidur kalau tak ada kipas. Tapi masa tu okay lagi pakai kipas settle masalah tapi sekarang ni memang panas gila pakai kipas pun tak jadi apa. Kena dapatkan aircond jugak tapi masalahnya kalau dah pakai aircond tu sendiri ingatlah kos api dan elektrik, penyelenggaraan dan sebagainya memang memakan belanja lebihan, dahla sekarang ni api air kena GST. :/ 

Sedar atau tidak sebenarnya dunia kita hari ini memang tidak boleh disangkal semakin panas dari hari ke hari. Ini bukan hanya omongan kosong tetapi kenyataan. Banyak kajian-kajian sains yang telah diterbitkan tentang pemanasan dunia global ini. Tidak kurang juga saintis yang bertungkus-lumus memerah otak siang dan malam untuk menangani masalah ini(termasuk aku yang buat research pasal nak buat bahan api daripada sumber buangan kat universiti dulu.Pening dan stress wa caka lu). Ada yang menunjukkan perkembangan yang agak baik dalam masalah pemanasan global ini. Seperti contoh syarikat pembuatan kereta dunia iaitu Audi
Diesel hanya dicipta daripada air dan udara
Audi telah berjaya mencipta bahan api diesel hanya dengan menggunakan air dan CO2 yang ditapis daripada udara. Penemuan ini jika dikomersilkan akan meyumbang sedikit sebanyak  kepada pengurangan pemanasan global sebab seperti yang kita ketahui gas CO2 yang berlebihan adalah salah satu penyumbang utama kepada pemanasan global dan peningkatan suhu dunia. Ini kerana CO2 memerangkap haba yang  sepatutnya dibebaskan ke angkasa lepas. Dia macam ni. Matahari memancarkan cahayanya ke Bumi. Hanya sedikit sahaja tenaga haba yang diperlukan untuk Bumi dan kebanyakannya tak silap aku 70% dipantulkan balik ke angkasa lepas. So sebab CO2 tu dia dok halang pembebasan haba yang berlebihan ke angkasa, maka sebab tu Bumi semakin panas dari hari ke hari sebab kandungan CO2 Bumi ni semakin meningkat dari tahun ke tahun pastu berkumpul beranak-pinak pulak dalam atmosfera Bumi. Sebab tu penemuan oleh Audi ni boleh mengurangkan sedikit kesan pemanasan global sebab CO2 yang berlebihan boleh diekstrak daripada udara dan ditukarkan kepada bahan api fosil sintetik(buatan). Bahan api sintetik ni lebih mesra alam dan efisien.

Namun seperti aku cakap kat atas usaha Audi ni hanya boleh mengurangkan sedikit kesan pemanasan global bukannya menghapuskan terus kandungan CO2 yang berlebihan dalam udara. Sebab pembakaran diesel sintetik ni pun mengeluarkan gas pemanasan global CO2 jugak walaupun tak sebanyak diesel original, mungkin beza 10-15% sahaja. Jadi pusing-pusing sama jugak tapi satu je lah kelebihan dia sebab diesel sintetik ni tidak membebaskan bahan pencemar alam seperti sulphur dan adik beradik sulphur...so pencemaran alam ni dapat dikurangkan dengan drastik tapi tidak untuk pemanasan global. Pencemaran alam maksud aku gas yang berbahaya untuk dihidu oleh manusia dah tak ada, berbanding kalau kita guna diesel yang original digali daripada Bumi memang banyak kandungan suphur yang bahaya.

Namun sudah banyak jugak saintis yang mecipta bahan api yang langsung tak bebaskan CO2 iaitu menggunakan air sahaja(teknology ni dia pakai hydrogen yang diekstrak daripada air, apabila kereta contohnya guna hydrogen ni, hanya keluar air ngan oksigen je bahan buangan dia). Masuk je air dalam engine pastu boleh jalan dan tiada langsung bahan cemar yang dibebaskan melainkan hanya air dan oksigen itu! Woww!! Ini penemuan yang mengejutkan . Tapi mengapa teknologi ni walaupun dah hampir puluh tahun dah wujud tapi kebanyakan kita masih lagi pakai bahan api yang digali daripada Bumi ni? Dahla mahal asyik naik pulak tu. Memang tidak dinafikan ada negara maju yang implement ni tapi masih minoriti dan tidak meluas.

Jawapannya adalah kerana wujudnya golongan kapitalis yang dah kaya gila pun still nak kaya lagi. Korang ingat syarikat minyak nak tengok ke bisnes mereka rugi? Pastu pulak ingat pemimpin kapitalis ni senang ke tengok rakyat dia ada duit sikit? Tak payah tengok contoh jauhla contoh dekat di Malaysia ni ada. Kita pakai elektrik kena bayar mahal sedangkan elektrik dijana secara percuma, atau hampir percuma, melalui kuasa hidroelektrik ataupun kuasa air. Dengan hidroelektrik ni maksudnya dinamo gergasi tu macam dinamo basikal tu dia letak je di empangan lepas tu air pusing dapat elektrik free. Kos hanyalah permulaan untuk bina empangan itu then lepas tu maintenance jelah, pergi sebulan sekali periksa ke camane..kalau nak cakap kos bina empangan yang besar tu, eh dah berpuluh-puluh puluh dan puluh tahun dah kita bayar elektrik mahal tak cover lagi ke kos bina empangan tu? Bab tol pula? Sama sahaja. Dah cover modal bertahun-tahun dah then still untung puluhan berbillion pulak tu ,pun still kutip tol lagi, dahla mahal dan asyik naik je, dan sambung tempoh konsesi berulang-ulang. Kalau nak cakap kalau tak kutip tol nanti nak bayar gaji pekerja tol macam mana, pastu kalau mansuh tol wujud ke jawatan penjaga tol tu? Kalau nak maintenace highway tu sebetulnya kerajaan guna untung hasil negara yang telah dijana melalui pelbagai industri untuk cover kos baiki jalan dan sebagainya. Tapi kan hutang negara pun kita semua tahu hampir 800 ribu juta(sejuta tu ada 800 ribu sejuta) pandai tak pandai perintah negara kan TV asyik cakap ekonomi semakin meningkat, prestasi semakin cemerlang, itu ini, kena tipu hidup-hidup rakyat Malaysia nih.

Tapi apapun, CO2 ni memang punca utama pemanasan global ni. Tapi siapakah penyebab keterlebihan CO2 ni dalam atmosfera Bumi? Jawapannya ialah manusia itu sendiri. Cuma korang tengok data kat bawah yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa(IEA):

Nampak tak? Bermula daripada Revolusi Industri pada tahun 1870 yang pembebasan CO2 nya KOSONG sebelum itu, jumlah pembebasan CO2 meningkat dengan mendadak dan pada tahun 1950, lagi mencanak drastik sampailah sekarang dan akan semakin meningkat sehinggalah Bumi Kiamat. Gila khinzir kan?

Okey tengok pulak perbezaan gambar di bawah:




Gambar atas tu suhu dunia sebelum revolusi industri dan bawah suhu dunia sekarang. Yang merah tu suhulah lagi merah lagi panas...masyaallah...apa dah jadi dekat Bumi ni. Dan suhu ini akan meningkat dari tahun ke tahun.
So masalah dunia semakin panas dan manusia semakin terasa panas tu satu masalah, banyak lagi masalah yang akan berlaku kepada dunia ni di hari mendatang. Contohnya pencairan ais Kutub di Antartika. Tengok pula perbezaan gambar kat bawah ni: 



Gambar atas adalah sebelum revolusi industri 1870 dan bawah pula sekarang. Masyaallah sekali lagi. Betapa banyak dah ais kutub yang mencair dan memang sudah banyak tempat ditepi pantai yang tenggelam sebab pencairan ini. Oleh itu tidak pelik gempa Bumi semakin hari semakin banyak, banjir semakin tahun semakin besar dan sebagainya. Dan gempa Bumi yang baru minggu lepas ni berlaku kat Nepal pun tak pelik sebab faktor ni semualah. 

1870-2015 ini hanyalah mengambil masa selama 145 tahun sahaja! Last sekali apa akan berlaku jika semuanya cair? Mungkin dalam 145 tahun ke hadapan? Sodakollahulazimlah..Negara rendah yang duduk di tepi laut seperti Bangladesh, Nepal, Myanmar, TERMASUK Malaysia semuanya komfem AKAN TENGGELAM! Yang pentingnya kita umat Islam bersedia dengan benda macam ni sebab kiamat itu pasti, dan tingkatkan amalan kuatkan iman insyaallah kita pasti diberi bantuan oleh Allah.

Selasa, 5 Mei 2015

Menukarkan Air Minuman Kepada Air Mineral

Air Mineral Tak Sama Dengan Air Minuman Ye..

Minum air mineral nie sebenarnya bagus dan ia sebenarnya adalah cara yang paling murah dan mudah untuk menyahkan toksin daripada badan anda. Dulu air mineral murah, RM 0.60 dah boleh dapat sebotol kecik dah, yang botol besar 1.5 litre pulak dalam RM 1 lebih ja. Tapi nie 6-7 tahun dulula....sekarang nie yang botol kecik pun rasa dah RM 1.20++(termasuk GST)..hikhikhikhik...

Btw, aku bukan nak cerita ato promote pasal air mineral pulak tapi sebenarnya aku nak cerita bagaimana korang nak menukarkan air minuman kepada air mineral dengan menggunakan kaedah kimia yang terbukti selepas dan tidak menyebabkan kesan sampingan seperti mati, kiok dan seumpamanya.

Wut?? Are you kiddin me? Ok then I'll tell you. Beza air minuman dengan air mineral adalah sangat simple. Air mineral adalah air yang mengandungi mineral dan air minuman(drinking water) adalah sebaliknya.Air mineral digali daripada Bumi dan air minuman diproses melalui proses reversed osmosis atau osmosis songsang.

Sebenarnya, meminum air minuman dalam jangka masa yang panjang adalah tidak bagus untuk kesihatan kerana ia hanya mengandungi semata-mata air, ataupun H20 dan apabila diminum, ia akan menyerap mineral dari badan kita. Ini bukan buat kita lagi sihat tapi lagi berpenyakit taw..air mineral pulak, oleh kerana terdapat mineral di dalamnya seperti sodium, chlorine,potassium, magnesium dan sebagainya, maka penyerapan mineral daripada tubuh tidak berlaku ataupun berlaku sedikit sahaja. Ini kerana komposisi mineral dalam air mineral tersebut tidak mengakibatkan kecerunan kepekatan yang tinggi diantara air dalam tubuh dan air tersebut....dan...aku rasa cukupla tu, kang bagitaw banyak-banyak pasal kimia nie kan fening pulak korang...hikhikhikhik..

Okay..sebenarnya aku dok pot pet pot pek panjang-panjang nie sebenarnya satu benda je aku nak bagitaw iaitu bagaimana korang boleh menukarkan air minuman kepada air mineral dalam masa kurang 1 minit.

Caranya mudah saja iaitu korang ambil secubit garam halus dan masukkan ke dalam botol air minuman 1.5 liter tersebut dan goncang (kalau dalam botol kecik 500ml tu masukkan 1/3 daripada secubit tu.Jangan masukkan banyak pulak, nanti jadi air masin pulak). Biarkan selama seminit dan siap!! Hehehe..jimat duit korang nak beli air mineral. Air minuman singgit tu da boleh dapat yang 1.5 liter tu dah..

Okay selamat beramal.

Dulu Benci Tapi Kini Sayang Anak Kucing. Ibunya Pun Aku Sayang Juga.

Ini aku nak cerita pasal kisah aku dengan spesies makhluk bernama kucing. Dulu sebenarnya aku anti dengan spesies kucing, tapi tak adalah sampai aku sembelih kucing tu then ambik goreng tidaklah. Cumanya aku tak suka kucing dan aku anggap kucing ni macam anak ayam sahaja tak ada apa-apa yang istimewa dan aku pun tak boleh sentuh kucing sebab anggap kucing tu jijik dan kotor.

Sehinggalah selepas aku menamatkan pengajian selama 4 tahun di UPM dan balik tanam anggur di rumah. Selepas daripada itu, kat rumah adik aku ada bela anak kucing(aku pun baru tahu), ada 3 ekor sahaja iaitu Makmi, Mamat dan Minah(mak Makmi). Mamat ni special sikit pasal kucing ni sebijik sama dengan kucing yang ada dekat kotak makanan kucing Whiskas..hehehe..Mamat ngan Makmi ni masa kecik selalu main berlari-lari sesama diorang...tapi masa ni darkside Mamat ni aku tak tahu lagi biarpun Makmi tu asyik kena "penyakit" sahaja, tengkuk luka berdarah kena gigit, tengkuk bengkok, lain-lain dan aku tak tahu pun masa tu Mamat punya angkara. Setakat suspect macam tu jelah tapi lama-lama makin nampak pulak perangai Mamat yang sebenar.

Inilah Mamat

Sedihnya.. 


Minah. 2 ekor kucing yang kecil tu baby Minah yang baru lahir minggu lepas. Yang putih besar sikit tu anak angkat Minah(Aku jumpa dok merayau dan mengiau-ngiau tanpa mak jadi aku kesian aku ambik bela). Namun takdir anak angkat Minah ni akhirnya tak sampai 3 hari aku bela, mati digigit Mamat. :(


Lama kelamaan, Mamat selalu gigit tengkuk Makmi. Kesian Makmi dia nak bergurau dan bermain dengan Mamat tapi Mamat pulak asyik gigit dia je. Mungkin sebab ni Makmi asyik hilang je tapi dia balik jugak dalam 2-3 hari, tapi ada sekali dia hilang sampai 3 minggu lebih. Balik-balik je kurus kering gila tinggal tulang je tak ada isi, bulu semua keras dan melekat kat badan dan badan kotor. Memang menyedihkan kalau korang tengok. Entah jatuh dalam telaga buruk ke apa. Aku rasa kalau lagi seminggu dia terperangkap dalam telaga buruk tu(aku tak pasti dia jatuh dalam telaga buruk ke apa tapi kebih kurang tulah rasa), memang matilah Makmi. 

Tapi nak dijadikan cerita, Makmi hilang lagi dan kali ni dia tak balik dah sampai sekarang. Aku rasa mungkin dah mati dah kalau tidak dia mesti balik. :(      
Ni mungkin sebab tak tahan kena gigit dengan Mamat. Makmi ni manja dan lembik je sebab itulah senang digigit Mamat...Makmi ni memang manja selalu sangat gesel badan dia ngan aku dan mengiau manja. Tapi sekarang dah tak ada rindunya kat Makmi. Lagipun Makmi ni makan pun tak cerewet apa aku bagi semua dia makan. Tidak seperti Mamat yang asyik nak makan ikan mentah, ikan goreng, ayam, tulang ayam. Yang ni je dia makan yang lain dia tak makan kecuali kalau lapar sangat dia makanlah tapi tu pun sikit je dia makan.

Adoi Mamat kenapalah kau jadi macam ni. Sedangkan engkau itu kucing yang dikutip dari jalanan semasa kecil macam Popi. Popi ni anak angkat Minah yang aku kutip dan bela tak sampai 3 hari mati digigit Mamat di atas rumah. Yang aku sedihnya Popi nih nyawa lambat melayang walaupun dah cedera parah digigit Mamat tengkuknya. Kaku dan aku ingat dah mati dah. Rupa-rupanya masa aku ambik nak pergi tanam tu dia hidup lagi nyawa-nyawa ikan. Aku nak tanam pun tak sampai hati dan aku tunggu dia betul2 mati baru aku tanam. 2 jam jugak baru Popi betul-betul mati. Alhamdulillah sengsaranya berakhir. Tapi korang kalau tengok mesti sedih. Dahla Popi ni baru boleh berjalan je masa aku kutip tu dan masih menyusu, kecik lagi. Dia merayau mengiau-ngiau lapar susu then aku kutip bela. Aku kutip ingat aku dapat selamatkan Popi sebab banyak kucing kat luar yang akan gigit dan bunuh Popi kalau aku tak ambik bela. Tapi takdir mati jugak Popi ni dalam belaan aku, sebab silap adik aku yang lupa tutup pintu bilik masa masuk bilik tengok Minah dan anak dia, Mamat dengan sepantas kilat masuk dan menggonggong Popi naik tingkat atas rumah aku masuk bawah katil kemudian gigit tengkuk Popi dan bunuh Popi.

Arwah Popi. (T_T)
Serius aku sedih gila sebab Popi kalau kira 2 jam lebih jugak menderita sebelum mati betul-betul. Cedera memang parah darah bercucuran atas mosaic aku ingatkan mati dah rupanya belum lagi. Aku dah ambik letak dah dalam penyodok sampah nak buang namun aku tengok kaki dia tersentak jarang-jarang sekali. Rupa-rupanya hidup lagi walaupun nampak kaku macam mati. Mulut pun ternganga. Mata terbuka luas. Aku pun terus ambik minyak gamat dan curah ke atas tengkuk dia tu dan jugak ubat luka kuning. Then bawak masuk balik bilik bersama Minah dan anaknya.

Aku memang tak sampai hati nak tanam dia sebab masih hidup walaupun nyawa-nyawa ikan. So sebagai mempermudahkan dia mati, aku ambik air masak sikit aku campur garam sikit then aku kacau-kacau aku titis dalam mulut dia yang ternganga luas dan kaku tu. Air biasa pun aku titis jugak. Lepas titis tu dalam 3-4 saat dan titisan air tu tersangkut kat anak tekak, dia tersentak lembut dan titisan air kat anak tekak dia jatuh ditelan masuk dalam tengkuk. Lepas tu nampak macam dia ada tenaga sikit untuk rohnya dicabut. Bahagian bawah badannya dan kaki melengkok ke atas tanda rohnya sedang cuba dicabut. Aku tunggu-tunggu dalam 10 minit sambil sekali-sekala titis air ke dalam mulut dia. Dan titisan air tu lepas 3-4 saat tersangkut di anak tekak, lalu ditelan jatuh ke dalam tengkuk. Dan aku rasa macam ada harapan hidup pulak then aku pun keluar bilik dan tutup kunci macam biasa untuk mengelakkan Mamat masuk. Then aku pergi masuk bilik aku baring jap adalah dalam 20 minit.

Aku pun lepas baring tu turun ke bilik bawah untuk tengok perkembangan sama ada semakin hidup atau dah mati. Aku masuk tu terus pergi kat dia then badannya melengkok sekali lagi. Aku ingat ke dia hidup lagi lepas tu rupa-rupanya mati dah sebab aku titis air dalam mulut dia tapi tunggu punya tunggu titisan air yang tersangkut kat anak tekak dia tu masih tak jatuh dalam tekak dan tak ditelan pun. Aku pun pegang badan dia dan gerakkan untuk mendapatkan respon namun ternyata sudah betul-betul mati. Alhamdulillah.

Aku pun bawak pergi tanam tepi pokok pisang. Aku gali-gali dengan cangkul lebih kurang dalam jugak then aku letak dia kat dalam .Aku pun nak tutup kambus macam tu je tapi tak sampai hati lalu aku masuk rumah ambik kertas A4 tutup buat lapik Popi sebelum aku kambus supaya pasir tak masuk mata tak masuk mulut. Aku tahu dia dah mati tapi perasaan sayang ni kuat terhadap Popi walaupun aku bela dia tak sampai tiga hari pun. Then selesailah pengkebumian Popi. Hari tu sehari hati aku amat sedih sekali kerja apa pun tak boleh buat. Sekarang ni pun aku masih sedih lagi bila tengok gambar Popi sedang menyusu di atas. Yelah Popi ni masih lagi menyusu dan baru boleh berjalan sikit-sikit. Then kena gigit cedera parah lambat pulak nak mati. (T-T).

Bercerita pasal Mamat pulak, Mamat ni memang kucing yang setia giler. Aku masih ingat lagi dia meredah air banjir sedalam paras dada dia semata-mata nak naik atas rumah. Yelah masa banjir besar akhir tahun 2014 hari tu kat Kelantan. Aku tak pindah masa tu.Cerita aku time bajir tu pun menarik untuk aku ceritakan tapi dalam post yang seterusnya in sya allah. Ok berbalik kat Mamat. Masa banjir hari tu kucing semua aku letak kat luarlah termasuk Mamat. Itu yang Mamat sanggup redah banjir tu sebab nak naik atas rumah tapi aku terpaksa letak kat luar supaya selamat. Makmi pun time air buku lali dia dia macam nak redah tapi Makmi ni jenis penakut, tapi Mamat relax je redah masa tu naik atas rumah.  hehehe. Rindunya kat Makmi yang hilang ni sebulan lebih dah. (T-T).

Masa banjir ni Minah sebenarnya sedang mengandung(ni anak yang terdahulu sebelum beranak pulak dua ekor macam gambar kat atas tu, gambar atas tu gambar ambik 2-3 hari lepas) then lepas banjir 2 minggu lebih air surut Minah balik rumah bawak anak 2 ekor yang dia lahirkan gonggong masuk rumah dan pergi masuk dalam stor tempat persembunyian dia daripada Mamat. Masa ni aku tak ambik kisah mana pasal kejahatan Mamat tu sebab aku rasa Mamat okay je ngan baby Minah tu, sehinggalah satu pagi pukul 7 pagi, Mamat membunuh mangsa pertamanya iaitu baby Minah yang pertama, warna hitam putih. Masa tu dia masuk dalam stor dan gonggong baby tuh then bunuh dia diluar bilik stor tu. Aku masa tu tengah tidur then adik aku kejut menangis-nangis cakap anak Minah kena bunuh. Yang sekor lagi warna oren comel selamat lagi. Aku pun ambik pergi tanam.

Lepas tu aku serius dah jaga kucing aku ambik Minah dan baby dia then letak dalam bilik kat tingkap bawah rumah aku then kunci. Walaupun kunci tapi sebab masa tu ada anak sedara aku ramai balik bercuti kat rumah, sebab akak aku nak beranak, jadi pintu kunci pun asyik dibuka je nak tengok sebagainya yelah budak kecik nih kalau pasal kucing memang hohahoha...then tanpa pengetahuan aku, tiba-tiba baby Minah yang tinggal oren tu hilang. Puas aku cari. Aku ingatkan Minah ambik pergi sorok kat mana-mana kat luar rumah. Then aku pun perasan Minah pun tengah cari baby dia tuh...berapa kali masuk dalam bilik tu check anak dia pastu keluar then pergi round seluruh rumah aku cari, tingkat atas tingkat bawah. Aku masa tu tak terlintas pulak Mamat bunuh sebab aku ingat Minah lupa letak anak dia kat mana itu sebab dia cari. 

Sehinggalah suatu hari aku terbau sangat busuk di luar bilik aku ditingkat atas rumah. Sebenarnya bau busuk ni terbau dah seminggu sebelum tu tapi aku ingatkan tikus mati ke apa bawah rumah aku jadi aku biarkan sahaja sehinggalah hari tu bau sangat-sangat busuk. Fikiran aku pun datang melintas, kalau bau tikus mati manakan mungkin bau sampai tingkat atas rumah aku nih. Aku pun syak baby Minah tu mati. Aku hidu-hidu then aku bau lebih kuat di TV tingkat atas rumah aku. Aku pun tengok bawah kabinet TV tu lalu memang betul baby oren tu pun dah mati. Dah berulat dah pun..muka dah hancur hitam legam dan kena hurung dek semut. Patutlah aku nampak banyak semut kat situ rupa-rupanya ada kucing mati.

So ni memang kerja Mamatlah ni. Kecewa betul aku dengan Mamat nih. Dah dua kali nak buang tapi tak jadi. First time nak buang masa pembunuhan pertama nilah. Tapi masa tu sebelum masuk kereta nak bawak pergi buang, Mamat buat muka kesian then adik mak aku menangis lalu tak jadi. Aku pun sedih jugak tapi tak menangisla aku ni lakila..huhu..kesianlah nak buang sebab Mamat ni aku bela daripada kecil dan kejam kalau aku buang nanti dia nak makan kat mana dia dahla kuat makan, dan Mamat ni dah biasa makan banyak jadi kejamlah kalalu nak buang. Mamat pun setia giler kat aku kan pasal redah banjir apa tu.

Second time nak buang ni kes yang  terbaru nilah dia bunuh Popi. Dah masuk bawak dalam kereta nak pergi buang tapi lepas tu tak jadi dah sebab kesian. Lagipun Mamat ni kiut dan Makmi dah takde dah hilang jadi kalau buang Mamat tak syoklah Minah dah tua dan baby terbaru dia ni masih kecil lagi...dan kali ni memang aku jaga betul-betul baby Minah yang baru dua ekor tu..Mamat aku dah letak kat luar rumah dah dan aku bawak masuk rumah sebab nak bagi makan je then sekejap-sekejap atas pemerhatian yang ketat. Aku tak mahu insiden sama berulang. Semoga dua ekor tu cepat besar jadi "gedebe" dengan Mamat tu dan tak lembik..dan tidak akan dibuli macam Makmi yang kini hilang. Rasanya dah mati kalau tidak dia mesti balik dah. (T-T).

Kisah Mamat pulak, semenjak kehilangan Makmi ni, dah jadi gila agaknya. Dulu mana pernah gigit aku tapi sekarang kadang-kadang dia jadi gila gigit kaki aku dan kaki aku dah berdarah kali pertama dia gigit. Lepas tu dia nak gigit kali seterusnya aku dah tak bagi can dah..Mungkin sebab dia sunyi tak ada Makmi, dulu ada Makmi bolehla dia gigit Makmi tapi sekarang Makmi tak ada ni gigit aku lah pulak...huuhuuh

Akhir sekali itulah cerita aku dengan kucing ni dulu aku tak berapa suka tapi sekarang ni aku sayang giler. Kucing ni macam dah jadi macam adik@anak sendiri dah. Sebagaimana perasaan jika adik@ anak sendiri mati dibunuh, begitulah perasaan aku apabila baby kucing ni mati di bunuh.Sedih sangat. Tapi aku tak adalah gila nak salahkan Mamat sebab dah nama binatang mana ada akal. Semua binatang ni apa benda yang dia buat adalah mengikut kehendak Allah sebab binatang mana ada free will. Free will ni hanya terpakai kepada makhluk yang berakal sahaja. Kucing ni diciptakan Allah sebagai satu jalan untuk memberi hambaNya peluang untuk meraih pahala dengan perkara-perkara seperti bagi makan kucing, bela kucing, rawat kucing dan sebagainya. Makmi pun dulu berapa kali dah aku rawat, daripada kaki patah, kaki bernanah, tengkuk cedera darah berlinang digigit Mamat, tengkuk bengkok(Mamat punya pasal jugak ni) dan sebagainya, jadi sebab itu rasa sayang aku terhadap Makmi itu mendalam. Sedih betul Makmi hilang ni. Popi mati pun aku sedih jugak sebab semasa aku kutip dia dulu aku dah sayang macam aku sayang Makmi dan anak kucing aku yang lain, sebab ibu dia dah tak ada pergi mana dah. Jadi Allah bagi aku peluang untuk menyayangi Popi walaupun hidupnya tak lama. Semoga aku dapat berjumpa Popi di syurga kelak aminn..