Ini aku nak cerita pasal kisah aku dengan spesies makhluk bernama kucing. Dulu sebenarnya aku anti dengan spesies kucing, tapi tak adalah sampai aku sembelih kucing tu then ambik goreng tidaklah. Cumanya aku tak suka kucing dan aku anggap kucing ni macam anak ayam sahaja tak ada apa-apa yang istimewa dan aku pun tak boleh sentuh kucing sebab anggap kucing tu jijik dan kotor.
Sehinggalah selepas aku menamatkan pengajian selama 4 tahun di UPM dan balik tanam anggur di rumah. Selepas daripada itu, kat rumah adik aku ada bela anak kucing(aku pun baru tahu), ada 3 ekor sahaja iaitu Makmi, Mamat dan Minah(mak Makmi). Mamat ni special sikit pasal kucing ni sebijik sama dengan kucing yang ada dekat kotak makanan kucing Whiskas..hehehe..Mamat ngan Makmi ni masa kecik selalu main berlari-lari sesama diorang...tapi masa ni darkside Mamat ni aku tak tahu lagi biarpun Makmi tu asyik kena "penyakit" sahaja, tengkuk luka berdarah kena gigit, tengkuk bengkok, lain-lain dan aku tak tahu pun masa tu Mamat punya angkara. Setakat suspect macam tu jelah tapi lama-lama makin nampak pulak perangai Mamat yang sebenar.
Inilah Mamat |
Sedihnya.. |
Lama kelamaan, Mamat selalu gigit tengkuk Makmi. Kesian Makmi dia nak bergurau dan bermain dengan Mamat tapi Mamat pulak asyik gigit dia je. Mungkin sebab ni Makmi asyik hilang je tapi dia balik jugak dalam 2-3 hari, tapi ada sekali dia hilang sampai 3 minggu lebih. Balik-balik je kurus kering gila tinggal tulang je tak ada isi, bulu semua keras dan melekat kat badan dan badan kotor. Memang menyedihkan kalau korang tengok. Entah jatuh dalam telaga buruk ke apa. Aku rasa kalau lagi seminggu dia terperangkap dalam telaga buruk tu(aku tak pasti dia jatuh dalam telaga buruk ke apa tapi kebih kurang tulah rasa), memang matilah Makmi.
Tapi nak dijadikan cerita, Makmi hilang lagi dan kali ni dia tak balik dah sampai sekarang. Aku rasa mungkin dah mati dah kalau tidak dia mesti balik. :(
Ni mungkin sebab tak tahan kena gigit dengan Mamat. Makmi ni manja dan lembik je sebab itulah senang digigit Mamat...Makmi ni memang manja selalu sangat gesel badan dia ngan aku dan mengiau manja. Tapi sekarang dah tak ada rindunya kat Makmi. Lagipun Makmi ni makan pun tak cerewet apa aku bagi semua dia makan. Tidak seperti Mamat yang asyik nak makan ikan mentah, ikan goreng, ayam, tulang ayam. Yang ni je dia makan yang lain dia tak makan kecuali kalau lapar sangat dia makanlah tapi tu pun sikit je dia makan.
Adoi Mamat kenapalah kau jadi macam ni. Sedangkan engkau itu kucing yang dikutip dari jalanan semasa kecil macam Popi. Popi ni anak angkat Minah yang aku kutip dan bela tak sampai 3 hari mati digigit Mamat di atas rumah. Yang aku sedihnya Popi nih nyawa lambat melayang walaupun dah cedera parah digigit Mamat tengkuknya. Kaku dan aku ingat dah mati dah. Rupa-rupanya masa aku ambik nak pergi tanam tu dia hidup lagi nyawa-nyawa ikan. Aku nak tanam pun tak sampai hati dan aku tunggu dia betul2 mati baru aku tanam. 2 jam jugak baru Popi betul-betul mati. Alhamdulillah sengsaranya berakhir. Tapi korang kalau tengok mesti sedih. Dahla Popi ni baru boleh berjalan je masa aku kutip tu dan masih menyusu, kecik lagi. Dia merayau mengiau-ngiau lapar susu then aku kutip bela. Aku kutip ingat aku dapat selamatkan Popi sebab banyak kucing kat luar yang akan gigit dan bunuh Popi kalau aku tak ambik bela. Tapi takdir mati jugak Popi ni dalam belaan aku, sebab silap adik aku yang lupa tutup pintu bilik masa masuk bilik tengok Minah dan anak dia, Mamat dengan sepantas kilat masuk dan menggonggong Popi naik tingkat atas rumah aku masuk bawah katil kemudian gigit tengkuk Popi dan bunuh Popi.
Arwah Popi. (T_T) |
Serius aku sedih gila sebab Popi kalau kira 2 jam lebih jugak menderita sebelum mati betul-betul. Cedera memang parah darah bercucuran atas mosaic aku ingatkan mati dah rupanya belum lagi. Aku dah ambik letak dah dalam penyodok sampah nak buang namun aku tengok kaki dia tersentak jarang-jarang sekali. Rupa-rupanya hidup lagi walaupun nampak kaku macam mati. Mulut pun ternganga. Mata terbuka luas. Aku pun terus ambik minyak gamat dan curah ke atas tengkuk dia tu dan jugak ubat luka kuning. Then bawak masuk balik bilik bersama Minah dan anaknya.
Aku memang tak sampai hati nak tanam dia sebab masih hidup walaupun nyawa-nyawa ikan. So sebagai mempermudahkan dia mati, aku ambik air masak sikit aku campur garam sikit then aku kacau-kacau aku titis dalam mulut dia yang ternganga luas dan kaku tu. Air biasa pun aku titis jugak. Lepas titis tu dalam 3-4 saat dan titisan air tu tersangkut kat anak tekak, dia tersentak lembut dan titisan air kat anak tekak dia jatuh ditelan masuk dalam tengkuk. Lepas tu nampak macam dia ada tenaga sikit untuk rohnya dicabut. Bahagian bawah badannya dan kaki melengkok ke atas tanda rohnya sedang cuba dicabut. Aku tunggu-tunggu dalam 10 minit sambil sekali-sekala titis air ke dalam mulut dia. Dan titisan air tu lepas 3-4 saat tersangkut di anak tekak, lalu ditelan jatuh ke dalam tengkuk. Dan aku rasa macam ada harapan hidup pulak then aku pun keluar bilik dan tutup kunci macam biasa untuk mengelakkan Mamat masuk. Then aku pergi masuk bilik aku baring jap adalah dalam 20 minit.
Aku pun lepas baring tu turun ke bilik bawah untuk tengok perkembangan sama ada semakin hidup atau dah mati. Aku masuk tu terus pergi kat dia then badannya melengkok sekali lagi. Aku ingat ke dia hidup lagi lepas tu rupa-rupanya mati dah sebab aku titis air dalam mulut dia tapi tunggu punya tunggu titisan air yang tersangkut kat anak tekak dia tu masih tak jatuh dalam tekak dan tak ditelan pun. Aku pun pegang badan dia dan gerakkan untuk mendapatkan respon namun ternyata sudah betul-betul mati. Alhamdulillah.
Aku pun bawak pergi tanam tepi pokok pisang. Aku gali-gali dengan cangkul lebih kurang dalam jugak then aku letak dia kat dalam .Aku pun nak tutup kambus macam tu je tapi tak sampai hati lalu aku masuk rumah ambik kertas A4 tutup buat lapik Popi sebelum aku kambus supaya pasir tak masuk mata tak masuk mulut. Aku tahu dia dah mati tapi perasaan sayang ni kuat terhadap Popi walaupun aku bela dia tak sampai tiga hari pun. Then selesailah pengkebumian Popi. Hari tu sehari hati aku amat sedih sekali kerja apa pun tak boleh buat. Sekarang ni pun aku masih sedih lagi bila tengok gambar Popi sedang menyusu di atas. Yelah Popi ni masih lagi menyusu dan baru boleh berjalan sikit-sikit. Then kena gigit cedera parah lambat pulak nak mati. (T-T).
Bercerita pasal Mamat pulak, Mamat ni memang kucing yang setia giler. Aku masih ingat lagi dia meredah air banjir sedalam paras dada dia semata-mata nak naik atas rumah. Yelah masa banjir besar akhir tahun 2014 hari tu kat Kelantan. Aku tak pindah masa tu.Cerita aku time bajir tu pun menarik untuk aku ceritakan tapi dalam post yang seterusnya in sya allah. Ok berbalik kat Mamat. Masa banjir hari tu kucing semua aku letak kat luarlah termasuk Mamat. Itu yang Mamat sanggup redah banjir tu sebab nak naik atas rumah tapi aku terpaksa letak kat luar supaya selamat. Makmi pun time air buku lali dia dia macam nak redah tapi Makmi ni jenis penakut, tapi Mamat relax je redah masa tu naik atas rumah. hehehe. Rindunya kat Makmi yang hilang ni sebulan lebih dah. (T-T).
Masa banjir ni Minah sebenarnya sedang mengandung(ni anak yang terdahulu sebelum beranak pulak dua ekor macam gambar kat atas tu, gambar atas tu gambar ambik 2-3 hari lepas) then lepas banjir 2 minggu lebih air surut Minah balik rumah bawak anak 2 ekor yang dia lahirkan gonggong masuk rumah dan pergi masuk dalam stor tempat persembunyian dia daripada Mamat. Masa ni aku tak ambik kisah mana pasal kejahatan Mamat tu sebab aku rasa Mamat okay je ngan baby Minah tu, sehinggalah satu pagi pukul 7 pagi, Mamat membunuh mangsa pertamanya iaitu baby Minah yang pertama, warna hitam putih. Masa tu dia masuk dalam stor dan gonggong baby tuh then bunuh dia diluar bilik stor tu. Aku masa tu tengah tidur then adik aku kejut menangis-nangis cakap anak Minah kena bunuh. Yang sekor lagi warna oren comel selamat lagi. Aku pun ambik pergi tanam.
Lepas tu aku serius dah jaga kucing aku ambik Minah dan baby dia then letak dalam bilik kat tingkap bawah rumah aku then kunci. Walaupun kunci tapi sebab masa tu ada anak sedara aku ramai balik bercuti kat rumah, sebab akak aku nak beranak, jadi pintu kunci pun asyik dibuka je nak tengok sebagainya yelah budak kecik nih kalau pasal kucing memang hohahoha...then tanpa pengetahuan aku, tiba-tiba baby Minah yang tinggal oren tu hilang. Puas aku cari. Aku ingatkan Minah ambik pergi sorok kat mana-mana kat luar rumah. Then aku pun perasan Minah pun tengah cari baby dia tuh...berapa kali masuk dalam bilik tu check anak dia pastu keluar then pergi round seluruh rumah aku cari, tingkat atas tingkat bawah. Aku masa tu tak terlintas pulak Mamat bunuh sebab aku ingat Minah lupa letak anak dia kat mana itu sebab dia cari.
Sehinggalah suatu hari aku terbau sangat busuk di luar bilik aku ditingkat atas rumah. Sebenarnya bau busuk ni terbau dah seminggu sebelum tu tapi aku ingatkan tikus mati ke apa bawah rumah aku jadi aku biarkan sahaja sehinggalah hari tu bau sangat-sangat busuk. Fikiran aku pun datang melintas, kalau bau tikus mati manakan mungkin bau sampai tingkat atas rumah aku nih. Aku pun syak baby Minah tu mati. Aku hidu-hidu then aku bau lebih kuat di TV tingkat atas rumah aku. Aku pun tengok bawah kabinet TV tu lalu memang betul baby oren tu pun dah mati. Dah berulat dah pun..muka dah hancur hitam legam dan kena hurung dek semut. Patutlah aku nampak banyak semut kat situ rupa-rupanya ada kucing mati.
So ni memang kerja Mamatlah ni. Kecewa betul aku dengan Mamat nih. Dah dua kali nak buang tapi tak jadi. First time nak buang masa pembunuhan pertama nilah. Tapi masa tu sebelum masuk kereta nak bawak pergi buang, Mamat buat muka kesian then adik mak aku menangis lalu tak jadi. Aku pun sedih jugak tapi tak menangisla aku ni lakila..huhu..kesianlah nak buang sebab Mamat ni aku bela daripada kecil dan kejam kalau aku buang nanti dia nak makan kat mana dia dahla kuat makan, dan Mamat ni dah biasa makan banyak jadi kejamlah kalalu nak buang. Mamat pun setia giler kat aku kan pasal redah banjir apa tu.
Second time nak buang ni kes yang terbaru nilah dia bunuh Popi. Dah masuk bawak dalam kereta nak pergi buang tapi lepas tu tak jadi dah sebab kesian. Lagipun Mamat ni kiut dan Makmi dah takde dah hilang jadi kalau buang Mamat tak syoklah Minah dah tua dan baby terbaru dia ni masih kecil lagi...dan kali ni memang aku jaga betul-betul baby Minah yang baru dua ekor tu..Mamat aku dah letak kat luar rumah dah dan aku bawak masuk rumah sebab nak bagi makan je then sekejap-sekejap atas pemerhatian yang ketat. Aku tak mahu insiden sama berulang. Semoga dua ekor tu cepat besar jadi "gedebe" dengan Mamat tu dan tak lembik..dan tidak akan dibuli macam Makmi yang kini hilang. Rasanya dah mati kalau tidak dia mesti balik dah. (T-T).
Kisah Mamat pulak, semenjak kehilangan Makmi ni, dah jadi gila agaknya. Dulu mana pernah gigit aku tapi sekarang kadang-kadang dia jadi gila gigit kaki aku dan kaki aku dah berdarah kali pertama dia gigit. Lepas tu dia nak gigit kali seterusnya aku dah tak bagi can dah..Mungkin sebab dia sunyi tak ada Makmi, dulu ada Makmi bolehla dia gigit Makmi tapi sekarang Makmi tak ada ni gigit aku lah pulak...huuhuuh
Akhir sekali itulah cerita aku dengan kucing ni dulu aku tak berapa suka tapi sekarang ni aku sayang giler. Kucing ni macam dah jadi macam adik@anak sendiri dah. Sebagaimana perasaan jika adik@ anak sendiri mati dibunuh, begitulah perasaan aku apabila baby kucing ni mati di bunuh.Sedih sangat. Tapi aku tak adalah gila nak salahkan Mamat sebab dah nama binatang mana ada akal. Semua binatang ni apa benda yang dia buat adalah mengikut kehendak Allah sebab binatang mana ada free will. Free will ni hanya terpakai kepada makhluk yang berakal sahaja. Kucing ni diciptakan Allah sebagai satu jalan untuk memberi hambaNya peluang untuk meraih pahala dengan perkara-perkara seperti bagi makan kucing, bela kucing, rawat kucing dan sebagainya. Makmi pun dulu berapa kali dah aku rawat, daripada kaki patah, kaki bernanah, tengkuk cedera darah berlinang digigit Mamat, tengkuk bengkok(Mamat punya pasal jugak ni) dan sebagainya, jadi sebab itu rasa sayang aku terhadap Makmi itu mendalam. Sedih betul Makmi hilang ni. Popi mati pun aku sedih jugak sebab semasa aku kutip dia dulu aku dah sayang macam aku sayang Makmi dan anak kucing aku yang lain, sebab ibu dia dah tak ada pergi mana dah. Jadi Allah bagi aku peluang untuk menyayangi Popi walaupun hidupnya tak lama. Semoga aku dapat berjumpa Popi di syurga kelak aminn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau suka boleh tinggalkan ulasan@komen kat bawah. :D