Dunia(termasuk Malaysia) hari ini memang amat panas jika dibandingkan dengan 20 tahun dulu. Aku masih ingat time aku kecil-kecil dulu dunia tidak sepanas hari ini. Hari ini panasnya ya Allah hanya Allah je tahu. Kalau rumah yang pasang penghawa dingin tak apalah tapi rumah yang tak pasang alat ni memang panas gila sekarang ni. Pakai kipas pun terasa panasnya. Aku yang tidur pakai kipas pun berpeluh-peluh kalau tidur siang hari tidak seperti 20 tahun dulu masa kecil. Aku ni dulu kalau kira jenis yang kebal haba dan panas tidur tak pasang kipas pun selesa je tidur boleh tidur nyenyak. Tapi sejak 5-6 tahun kebelakangan aku dah tak boleh tidur kalau tak ada kipas. Tapi masa tu okay lagi pakai kipas settle masalah tapi sekarang ni memang panas gila pakai kipas pun tak jadi apa. Kena dapatkan aircond jugak tapi masalahnya kalau dah pakai aircond tu sendiri ingatlah kos api dan elektrik, penyelenggaraan dan sebagainya memang memakan belanja lebihan, dahla sekarang ni api air kena GST. :/
Sedar atau tidak sebenarnya dunia kita hari ini memang tidak boleh disangkal semakin panas dari hari ke hari. Ini bukan hanya omongan kosong tetapi kenyataan. Banyak kajian-kajian sains yang telah diterbitkan tentang pemanasan dunia global ini. Tidak kurang juga saintis yang bertungkus-lumus memerah otak siang dan malam untuk menangani masalah ini(termasuk aku yang buat research pasal nak buat bahan api daripada sumber buangan kat universiti dulu.Pening dan stress wa caka lu). Ada yang menunjukkan perkembangan yang agak baik dalam masalah pemanasan global ini. Seperti contoh syarikat pembuatan kereta dunia iaitu Audi.
Diesel hanya dicipta daripada air dan udara |
Audi telah berjaya mencipta bahan api diesel hanya dengan menggunakan air dan CO2 yang ditapis daripada udara. Penemuan ini jika dikomersilkan akan meyumbang sedikit sebanyak kepada pengurangan pemanasan global sebab seperti yang kita ketahui gas CO2 yang berlebihan adalah salah satu penyumbang utama kepada pemanasan global dan peningkatan suhu dunia. Ini kerana CO2 memerangkap haba yang sepatutnya dibebaskan ke angkasa lepas. Dia macam ni. Matahari memancarkan cahayanya ke Bumi. Hanya sedikit sahaja tenaga haba yang diperlukan untuk Bumi dan kebanyakannya tak silap aku 70% dipantulkan balik ke angkasa lepas. So sebab CO2 tu dia dok halang pembebasan haba yang berlebihan ke angkasa, maka sebab tu Bumi semakin panas dari hari ke hari sebab kandungan CO2 Bumi ni semakin meningkat dari tahun ke tahun pastu berkumpul beranak-pinak pulak dalam atmosfera Bumi. Sebab tu penemuan oleh Audi ni boleh mengurangkan sedikit kesan pemanasan global sebab CO2 yang berlebihan boleh diekstrak daripada udara dan ditukarkan kepada bahan api fosil sintetik(buatan). Bahan api sintetik ni lebih mesra alam dan efisien.
Namun seperti aku cakap kat atas usaha Audi ni hanya boleh mengurangkan sedikit kesan pemanasan global bukannya menghapuskan terus kandungan CO2 yang berlebihan dalam udara. Sebab pembakaran diesel sintetik ni pun mengeluarkan gas pemanasan global CO2 jugak walaupun tak sebanyak diesel original, mungkin beza 10-15% sahaja. Jadi pusing-pusing sama jugak tapi satu je lah kelebihan dia sebab diesel sintetik ni tidak membebaskan bahan pencemar alam seperti sulphur dan adik beradik sulphur...so pencemaran alam ni dapat dikurangkan dengan drastik tapi tidak untuk pemanasan global. Pencemaran alam maksud aku gas yang berbahaya untuk dihidu oleh manusia dah tak ada, berbanding kalau kita guna diesel yang original digali daripada Bumi memang banyak kandungan suphur yang bahaya.
Namun sudah banyak jugak saintis yang mecipta bahan api yang langsung tak bebaskan CO2 iaitu menggunakan air sahaja(teknology ni dia pakai hydrogen yang diekstrak daripada air, apabila kereta contohnya guna hydrogen ni, hanya keluar air ngan oksigen je bahan buangan dia). Masuk je air dalam engine pastu boleh jalan dan tiada langsung bahan cemar yang dibebaskan melainkan hanya air dan oksigen itu! Woww!! Ini penemuan yang mengejutkan . Tapi mengapa teknologi ni walaupun dah hampir puluh tahun dah wujud tapi kebanyakan kita masih lagi pakai bahan api yang digali daripada Bumi ni? Dahla mahal asyik naik pulak tu. Memang tidak dinafikan ada negara maju yang implement ni tapi masih minoriti dan tidak meluas.
Jawapannya adalah kerana wujudnya golongan kapitalis yang dah kaya gila pun still nak kaya lagi. Korang ingat syarikat minyak nak tengok ke bisnes mereka rugi? Pastu pulak ingat pemimpin kapitalis ni senang ke tengok rakyat dia ada duit sikit? Tak payah tengok contoh jauhla contoh dekat di Malaysia ni ada. Kita pakai elektrik kena bayar mahal sedangkan elektrik dijana secara percuma, atau hampir percuma, melalui kuasa hidroelektrik ataupun kuasa air. Dengan hidroelektrik ni maksudnya dinamo gergasi tu macam dinamo basikal tu dia letak je di empangan lepas tu air pusing dapat elektrik free. Kos hanyalah permulaan untuk bina empangan itu then lepas tu maintenance jelah, pergi sebulan sekali periksa ke camane..kalau nak cakap kos bina empangan yang besar tu, eh dah berpuluh-puluh puluh dan puluh tahun dah kita bayar elektrik mahal tak cover lagi ke kos bina empangan tu? Bab tol pula? Sama sahaja. Dah cover modal bertahun-tahun dah then still untung puluhan berbillion pulak tu ,pun still kutip tol lagi, dahla mahal dan asyik naik je, dan sambung tempoh konsesi berulang-ulang. Kalau nak cakap kalau tak kutip tol nanti nak bayar gaji pekerja tol macam mana, pastu kalau mansuh tol wujud ke jawatan penjaga tol tu? Kalau nak maintenace highway tu sebetulnya kerajaan guna untung hasil negara yang telah dijana melalui pelbagai industri untuk cover kos baiki jalan dan sebagainya. Tapi kan hutang negara pun kita semua tahu hampir 800 ribu juta(sejuta tu ada 800 ribu sejuta) pandai tak pandai perintah negara kan TV asyik cakap ekonomi semakin meningkat, prestasi semakin cemerlang, itu ini, kena tipu hidup-hidup rakyat Malaysia nih.
Tapi apapun, CO2 ni memang punca utama pemanasan global ni. Tapi siapakah penyebab keterlebihan CO2 ni dalam atmosfera Bumi? Jawapannya ialah manusia itu sendiri. Cuma korang tengok data kat bawah yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa(IEA):
Nampak tak? Bermula daripada Revolusi Industri pada tahun 1870 yang pembebasan CO2 nya KOSONG sebelum itu, jumlah pembebasan CO2 meningkat dengan mendadak dan pada tahun 1950, lagi mencanak drastik sampailah sekarang dan akan semakin meningkat sehinggalah Bumi Kiamat. Gila khinzir kan?
Okey tengok pulak perbezaan gambar di bawah:
Gambar atas tu suhu dunia sebelum revolusi industri dan bawah suhu dunia sekarang. Yang merah tu suhulah lagi merah lagi panas...masyaallah...apa dah jadi dekat Bumi ni. Dan suhu ini akan meningkat dari tahun ke tahun.
So masalah dunia semakin panas dan manusia semakin terasa panas tu satu masalah, banyak lagi masalah yang akan berlaku kepada dunia ni di hari mendatang. Contohnya pencairan ais Kutub di Antartika. Tengok pula perbezaan gambar kat bawah ni:
Gambar atas adalah sebelum revolusi industri 1870 dan bawah pula sekarang. Masyaallah sekali lagi. Betapa banyak dah ais kutub yang mencair dan memang sudah banyak tempat ditepi pantai yang tenggelam sebab pencairan ini. Oleh itu tidak pelik gempa Bumi semakin hari semakin banyak, banjir semakin tahun semakin besar dan sebagainya. Dan gempa Bumi yang baru minggu lepas ni berlaku kat Nepal pun tak pelik sebab faktor ni semualah.
1870-2015 ini hanyalah mengambil masa selama 145 tahun sahaja! Last sekali apa akan berlaku jika semuanya cair? Mungkin dalam 145 tahun ke hadapan? Sodakollahulazimlah..Negara rendah yang duduk di tepi laut seperti Bangladesh, Nepal, Myanmar, TERMASUK Malaysia semuanya komfem AKAN TENGGELAM! Yang pentingnya kita umat Islam bersedia dengan benda macam ni sebab kiamat itu pasti, dan tingkatkan amalan kuatkan iman insyaallah kita pasti diberi bantuan oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau suka boleh tinggalkan ulasan@komen kat bawah. :D